Skip to product information
1 of 1

Ensiklopedia Kehidupan Sahabat Wanita Nabi Muhammad s.a.w.

Ensiklopedia Kehidupan Sahabat Wanita Nabi Muhammad s.a.w.

AUTHOR : Dr.Muhammad Sa'id Mubayyadh

PJ-Ref.:

Regular price RM120.00 MYR
Regular price Sale price RM120.00 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

Bahan biografi para sahabat wanita ini diambil dari buku-buku turath yang menjadi rujukan utama dalam penulisan sejarah atau biografi. 1)Penulis telah mengambil data dari rujukan tertua dalam kajian ini, iaitu kitab al-Tabaqat al-Kubra karya Ibnu Sa'd. Dalam menjelaskan kejadian atau sifat seseorang, hanya dicantumkan satu atau dua hadith yang berkaitan dengan hal itu sahaja. Bila perbahasan tersebut mempunyai banyak riwayat maka dicantumkan semua riwayat.Hanya ditulis:" Fulan dan Fulan juga meriwayatkan tentang hal ini atau "Fulan dan fulan juga meriwayatkan cerita yang serupa." Sikap ini diambil supaya tidak terjadi banyak pergulungan dalam satu perbahasan, kerana pengulangan akan menyebabkan bosan dan jemu pada pembaca. 2)Kemudian dicatat data-data tambahan yang diambil dari kitab-kitab biografi yang lainnya, iaitu dimulakan dari kitab al-Ishabah, al-Isti'ab,Usdul Ghabah, Shifah al-Shafwah dan kitab-kitab lainnya yang merupakan rujukan utama dalam kajian ini yang mengandungi keterangan- keterangan penting dan juga pembetulan-pembetulan. Adapun keterangan yang sudah disinggung dalam kitab al-Tabaqat tidak dijelaskan lagi,kerana (sebagaimana kita ketahui) kebanyakan kitab biografi menjadikan kitab al-Tabaqat sebagai rujukan utama. 3)Untuk memperkuat keaslian rujukan disertakan sumber rujukan data yang diambil dengan menyebutkan nama kitab dan muka surat. 4)Biografi para sahabat wanita ini disusun berasakan urutan abjab Arab, supaya mudah untuk mencarinya. 5)Kadang-kala ada perbezaan pendapat dalam penyebutan beberapa nama sahabat wanita, oleh kerana itu dicatat juga perbezaan-perbezaan pendapat tersebut. Metod ini diharap akan memudahkan para pengkaji biografi sahabat wanita, sehingga waktu mereka tidak akan banyak terbuang dengan mengkaji beragam kitab turath yang banyak jumlahnya.

Shipping

Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.

Return / Refunds

We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.

If you encounter any issues with your item, please contact us.

For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.

View full details